Carian
Tiada Lagi Nothing Ear (stick), Nothing Ear (a) Menjadi Pengganti
April 8, 2024 Fahim Zahar

Beberapa hari lepas telah tertiris butiran yang Nothing mungkin akan melancarkan dua produk. Spekulasi dua produk ini adalah dua lagi peranti Nothing Phone atau dua produk audio berbeza. Selepas Carl Pei mengumumkan yang Nothing telah menjual 3 juta produk dalam masa tiga tahun, Nothing mengumumkan yang dua produk baharu bakal dilancarkan pada 18 April ini adalah Nothing Ear dan Nothing Ear (a).

Nothing Ear (1) dan Nothing Ear (stick)

Ini bermakna Nothing akan melancarkan dua produk audio serentak, satu adalah pengganti Nothing Ear (2) sebagai TWS mercu dan Nothing Ear (a) sebagai TWS mampu milik. Nothing turut menjelaskan yang mereka akan mengubah strategi memberi nama kepada produk dengan tidak lagi menggunakan nombor. Apa yang saya faham, Nothing Ear (3) akan menjadi Nothing Ear dan Nothing Ear (a) besar kemungkinan menjadi pengganti Nothing Ear (stick). Menurut Nothing, nama baharu ini adalah untuk memfokuskan kepada keunikan produk.

Nothing Audio adalah nama bagi kategori produk audio mereka. Dua Nothing Ear yang akan dilancarkan pada 18 April akan datang dan dikatakan sekali lagi memfokuskan kepada permintaan pengguna. Buat masa ini masih tidak pasti jika penggunaan nama tanpa nombor ini akan memberi kesan kepada Nothing Phone atau terhad kepada produk audio sahaja. Sama-sama kita nantikan adakah produk audio baharu Nothing ke pasaran Malaysia.

Komen