Carian
Spotify Boleh Menjana Senarai Main Dengan Hanya Memasukkan Prom
April 8, 2024 Effi Saharudin

Spotify memperkenalkan ciri kecerdasan buatan (AI) generatif baharu yang memudahkan lagi proses menjana senarai main muzik. Ciri yang diberi nama AI Playlist ini masih di peringkat Beta dan hanya boleh digunakan oleh pelanggan Premium. AI generatif akan menghasilkan senarai main berdasarkan prom yang dimasukkan oleh pengguna.

Anda boleh meminta senarai muzik lagu rock untuk bangun pagi lebih bertenaga misalnya. Selepas prom dimasukkan, senarai akan dijana dalam masa beberapa saat. Ia kemudiannya akan disimpan terus ke akaun peribadi supaya boleh diakses semula apabila diperlukan.

Seperti kami katakan tadi, AI Playlist masih dalam peringkat ujian oleh itu hanya diberikan kepada pelanggan di United Kingdom dan Australia sahaja pada ketika ini. Ia juga hanya boleh digunakan dalam aplikasi Android dan iOS. Ia adalah kesinambungan kepada Spotify DJ yang diumumkan Spotify sebelum ini yang menggunakan AI sebagai ganti kepada DJ manusia.

Apabila dilancarkan di peringkat global kelak, terpulang kepada anda untuk menjana senarai main tersendiri. Kami tak sabar untuk hasilkan senarai main “lagu Hari Raya ketika terperangkap atas lebuh raya”.

Komen