Beberapa minggu lepas, kita telah mula mendengar mengenai perancangan TikTok untuk memperkenalkan aplikasi khusus yang memfokuskan kepada perkongsian gambar sahaja – sekaligus bersaing dengan ciri utama Instagram. Terbaru, mengikut beberapa paparan skrin yang hadir ke arena internet, ia dilihat aplikasi berkenaan akan dinamakan TikTok Notes.
Melalui TechCrunch, ia dilihat pihak TikTok sendiri turut mengesahkan yang mana aplikasi berkenaan kini sedang dalam proses pembangunan. Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan lagi berkenaan bilakah ia akan diperkenalkan kepada umum.
Dengan perkembangan terbaru ini, ia sekaligus memperlihatkan TikTok terus menerajui arena perkongsian sosial dengan pengenalan ciri-ciri baharu, sekaligus turut bersaing dengan Meta. Tidak mustahil kita turut melihat TikTok mengintegrasikan algoritma popular mereka pada TikTok Notes ini kelak, sekaligus memberikan lebih capaian dan penemuan baharu melalui perkongsian gambar.