Galaxy AI akan menyokong tiga lagi bahasa baru menerusi kemas kini yang bakal diberikan. Tiga bahasa tersebut adalah Indonesia, Rusia dan Arab. Disamping itu dialek untuk Inggeris Australia, Kantonis dan Perancis Kanada juga akan ditambah tidak lama lagi. Semasa dilancarkan Galaxy AI hanya menyokong 13 bahasa utama dunia.

Masih tiada maklumat bilakah Bahasa Malaysia akan disokong. Dalam temubual bersama wakil Samsung di San Jose pada Januari lalu, mereka mengatakan sokongan Bahasa Malaysia akan diberikan dalam masa terdekat.
Walaupun Samsung mengatakan Bahasa Indonesia akan disokong menerusi kemas kini kelak, kami sedari dalam diam ia disokong sejak kemas kini bulan Mac diberikan pada S24 Ultra dan Z Fold6. Ia hanya berfungsi secara rawak. Kami sedari apabila ayat dalam Bahasa Malaysia dikarang dan kemudian ciri “Writing Style” Galaxy AI digunakan, ayat tersebut akan diubah ke Bahasa Indonesia.

Kerap kali juga apabila karangan rojak Bahasa Malaysia dan Inggeris cuba diubah dengan Galaxy AI, ia akan secara automatik mengubahnya menjadi Bahasa Inggeris sepenuhnya dengan tepat. Kami katakan ciri ini rawak kerana kadang kala apabila ia cuba digunakan, notifikasi “Bahasa ini tidak disokong” akan dipaparkan.