Teknologi kamera Leica telah digunakan pada peranti keluaran Huawei, Xiaomi dan Sharp. Minggu lalu kami baru sahaja mengulas Xiaomi 14 Ultra yang mempunyai kemampuan kamera yang menarik. Minggu ini Leica Leitz Phone 3 telah diumumkan hari ini dengan ia aneh sekali sekadar menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 serta hanya untuk pasaran Jepun.

Leica Leitz Phone 3 hadir dengan skrin 6.6″ WUXGA+ IGZO Pro OLED 240Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 12GB RAM, storan 512GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Ini dipadankan pula dengan lensa sudut lebar 47.2MP 1-inci dan sensor kedalaman 1.9MP. Di hadapan pula kamera sebesar 12.6MP digunakan. Ini semua adalah spesifikasi yang sama dengan Leica Leitz 2 cuma cip pemproses sahaja dipertingkatkan.

Walaupun peranti ini dikeluarkan oleh Leica, tiada penjenamaan Leica digunakan. Sebaliknya logo Leitz digunakan di belakang dan juga pada penutup lensa. Tubuh peranti juga melepasi piawaian IP68.

Keunikan model tahun ini ialah widget Golden Hour yang menunjukkan masa terbaik untuk mengambil gamba ketika matahari di ufuk serta bantuan perspektif dalam kamera. Seperti pada peranti Xiaomi, pemilik Leitz 3 boleh memilih menggunakan beberapa penuras khusus bagi mengambil gambar seakan sebuah kamera digital Leica sebenar.
Harga jualan Leica Leitz Phone 3 belum diumumkan tetapi ia akan dijual di Jepun bermula 19 April depan.