Carian
Saintis Menyangkal Dakwaan AI Google Deepmind Menemukan Ribuan Struktur Kristal Baharu
April 15, 2024 Effi Saharudin

Pada November tahun lalu, kecerdasan buatan (AI) Graph Networks for Materials Exploration (GNoME) didakwa berjaya menemukan 2.2 juta struktur kristal baharu dengan 384,870 daripadanya adalah stabil. Deepmind berkata GNoME melakukan penemuan yang bersamaan dengan kajian secara manual selama 800 tahun.

Tetapi minggu lalu dua penyelidik dari University of California, Santa Barbara menerbitkan kertas kajian dalam jurnal Chemical Materials menyangkal dakwaan Deepmind. Mereka menguji sampel rawak daripada 380,00 struktur stabil kristal yang ditemukan GNoME dan mendapati tiada yang melepasi definisi “berguna”, “baharu” dan “boleh dipercayai”. Kerana tidak melepasi tiga piawaian ini, kesemua struktur kristal ini tidak boleh dianggap sebagai bahan baharu seperti yang diuar-uarkan oleh Deepmind.

Sungguhpun begitu, Deepmind masih mempertahankan penemuan GNoME kerana penyelidik yang menyangkalnya sekadar mengambil sampel yang kecil dan bukan kesemua 384,870 struktur stabil.

Komen