Carian
Realme P1 dan P1 Pro Dilancarkan Dengan Kamera 50MP
April 16, 2024 Effi Saharudin

Realme P1 dan P1 Pro telah dilancarkan semalam sebagai siri baharu yang menyasarkan ciri premium pada peranti kelas pertengahan. Walaupun ia sebuah siri baharu, rekaan Realme P banyak meminjam elemen daripada siri Realme 12 yang dilancarkan tahun ini.

Realme P1 Pro ialah model lebih mercu hadir dengan skrin 6.67″ AMOLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Sementara itu kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP Sony LYT-600 dan lensa ultra sudut lebar 8MP. Di hadapan pula sensor 16MP digunakan untuk kamera swafoto. Tubuh peranti melepasi piawaian IP65. Terdapat juga pengimbas cap jari bawah skrin dan speaker stereo pada P1 Pro.

Realme P1 ialah model lebih mampu milik dengan skrin 6.67″ AMOLED 120Hz, dijana cip Mediatek Dimensity 7050, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Sementara itu kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP Samsung JN1 dan lensa monokrom 2MP. Di hadapan pula sensor 16MP digunakan untuk kamera swafoto. Tubuh peranti melepasi piawaian IP54. Terdapat juga pengimbas cap jari bawah skrin, bicu audio 3.5mm dan speaker stereo pada P1 Pro.

Kedua-dua peranti menggunakan Realme UI 5 yang berasaskan Android 14. Antara yang menarik dengan Realme UI 5.0 ialah ciri Flash Capsule seakan Dynamic Island pada peranti iOS.

Realme P1 Pro

  • 8GB + 128GB – 21,999 Rupee (~RM 1261)
  • 8GB + 256GB – 22,999 Rupee (~RM 1318)

Realme P1

  • 6GB + 128GB – 15,999 Rupee (~RM 917)
  • 8GB + 256GB – 18,999 Rupee (~RM 1089)
Komen