Carian
Suno Berikan 500 Kredit Percuma Untuk Menjana Muzik Dengan AI
April 16, 2024 Fahim Zahar

Perkhidmatan AI generatif menjana muzik Suno semakin dikenali ramai selepas Microsoft menyediakan pemalam untuk Copilot. Hanya masukkan prom teks, sebuah muzik dengan vokal, instrumen, lirik serta imej kenit untuk setiap lagu. Baru-baru ini, Suno telah berikan semua pengguna mereka sebanyak 500 kredit tambahan secara percuma.

Ini adalah kerana sepanjang minggu lepas, perkhidmatan Suno telah tergendala. Suno telah mengemaskini laman web mereka dengan rekaan antaramuka baharu dengan katalog yang mempunyai kategori dinamik. Tab New, Trending dan Liked turut diperkenalkan untuk pengguna menerokai pelbagai lagu janaan AI dan menyukai lagu yang sedia dijana pengguna lain. Lagu yang dijana pengguna jika didengar ramai orang turut boleh dipaparkan di laman Trending.

Lagu yang dipilih oleh Suno pula akan dipaparkan di Suno Swhocase. Laman suno.com/explore turut diperkenalkan dalam bentuk beta untuk orang awam menerokai pelbagai lagu lain. Pengguna turut kini mempunyai profil tersendiri untuk memaparkan lagu yang dicipta. Walaupun 500 kredit telah diberikan, penggunaan masih terhad sama dengan akaun percuma jika anda tidak melanggan pelan premium.

Antara syarat penggunaan adalah hanya boleh jana dua lagu serentak, tidak boleh beli kredit baharu, tidak boleh digunakan untuk kegunaan komersial, 50 kredit sedia dikreditkan dan masa menunggu penjanaan muzik berkongsi dengan pengguna lain.

Komen