Carian
Boston Dynamics Atlas Baharu Untuk Kegunaan Komersil Diperlihatkan
April 18, 2024 Effi Saharudin

Sehari selepas mengumumkan pembangunan untuk robot Atlas ditamatkan, Boston Dynamics mengumumkan pula model baharu Atlas yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Atlas versi baharu ini mempunyai tubuh yang lebih kurus, tidak lagi menggunakan sistem hidraulik dan akan ditawarkan secara komersial kepada pelanggan yang berminat.

Dari segi pergerakan Atlas baharu ini juga nampak lebih berkemampuan. Dalam video pengumuman, Atlas dilihat terbaring di atas lantai tetapi kemudian boleh bangun semula tanpa bantuan. Video terlalu pendek untuk memperlihatkan kemampuannya berbanding model Atlas sebelum ini.

Sebagai peringatan, model sebelum ini boleh melompat dan melakukan balik kuang seperti seorang ahli akrobatik. Tanpa sistem hidraulik, robot yang berat tidak boleh melompat dengan tinggi. Tidak diketahui sama ada Boston Dynamics sudah mempunyai pelanggan untuk model Atlas baharu ini.

Komen