Carian
Boston Dynamics Menamatkan Pembangunan Robot Atlas
April 17, 2024 Effi Saharudin

Boston Dynamics telah menamatkan pembangunan robot Atlas yang terkenal dengan kemampuan berlaku, melompat, melakukan balik kuang, menari dan membantu pekerja di tapak pembinaan. Pengumuman dilakukan menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube rasmi Boston Dynamics.

Atlas memulakan hidup di bawah projek DARPA untuk membangunkan robot dua kaki yang boleh berjalan seperti manusia. Ia telah menjalani beberapa iterasi sejak 2013 dengan ia secara perlahan-lahan boleh berjalan sebelum boleh berlari, mengimbangi tubuh walaupun ditendang dan kemudian melakukan aksi balik kuang seperti seorang ahli gimnastik.

Tidak seperti robot Boston Dynamics yang lain seperti Spot dan Stretch, Atlas tidak pernah dijual secara komersial. Sejak dari awal ia menjadi platform untuk Boston Dynamics menguji pelbagai sensor serta teknologi terkini robotik mereka. Tidak diketahui apakah yang akan dibangunkan seterusnya oleh Boston Dynamic dan sama ada Atlas akan digantikan dengan robot yang lebih berkemampuan.

Komen