Robot Boston Dynamics Stretch diumumkan pada Mac tahun lalu untuk melakukan tugasan di dalam gudang. Minggu ini, Boston Dynamics telah mengumumkan DHL bersetuju menggunakan Stretch di gudang mereka bermula musim bunga ini bagi melakukan tugas memunggah barangan dari lori.

DHL membeli sekumpulan Stretch yang bernilai $15 juta sebagai sebahagian program untuk menguji kemampuannya dalam melakukan tugas di gudang sebagai langkah meningkatkan penggunaan automasi dalam masa tiga tahun.

Stretch ialah evolusi dari Handle yang diperlihatkan tahun 2020. Berdasarkan ujian yang dilakukan terhadap Handle, mereka mendapati robot beroda adalah kurang praktikal untuk digunakan di lantai gudang. Oleh itu Stretch mengekalkan rekaan tangan yang boleh mengangkat kotak tetapi tapak kini berbentuk empat segi memudahkan ia bergerak di antara para-para di gudang serta lebih stabil. Stretch boleh mengangkat sehingga 800 kotak setiap jam dengan berat maksimum 23 kilogram.
Sumber Boston Dynamics