Boston Dynamics Memperlihatkan Stretch – Robot Yang Menggantikan Pekerja Gudang

Diterbitkan pada Mac 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Robot akan menggantikan manusia dalam melakukan kerja-kerja rencam seperti di gudang. Evolusi penggunaan robot sudahkan bermula di Malaysia dengan ia digunakan untuk menggerakkan palet bungkusan. Boston Dynamics yang merupakan syarikat robotik paling dikenali dunia telah memperlihatkan robot terkini mereka yang akan menggantikan tugas manusia di gudang.

Boston Dynamics Stretch ialah evolusi dari Handle yang diperlihatkan tahun lalu. Berdasarkan ujian yang dilakukan terhadap Handle, mereka mendapati robot beroda adalah kurang praktikal untuk digunakan di lantai gudang. Oleh itu Stretch mengekalkan rekaan tangan yang boleh mengangkat kotak tetapi tapak kini berbentuk empat segi memudahkan ia bergerak di antara para-para di gudang serta lebih stabil. Stretch boleh mengangkat sehingga 800 kotak setiap jam.

Pihak Boston Dynamics mula menjual Stretch pada tahun 2022 tetapi hara masih belum diumumkan pada waktu ini. Ini menjadikannya robot kedua selepas Spot dijual secara komersial oleh Boston Dynamics. Terdapat robot-robot lain seperti Atlas yang boleh melakukan balik kuang dan menari tetapi tidak mempunyai aplikasi di dunia sebenar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami