Carian
Samsung Lancarkan Modem 5G Dengan Komunikasi Satelit Dua Hala
April 18, 2024 Effi Saharudin

Dua tahun lalu kedengaran ura-ura Samsung akan mula menawarkan sokongan sistem komunikasi satelit untuk tujuan kecemasan pada siri Galaxy S. Tetapi sehingga kini ia tidak diberikan walaupun Apple, Huawei, Honor dan Oppo sudah menawarkannya. Hari ini Samsung melancarkan modem Exynos 5400 yang adalah modem pertama mereka yang berkemampuan melakukan komunikasi satelit secara dua hala.

Exynos 5400 adalah modem yang digunakan pada Galaxy S24 dan Galaxy S24+ dengan cip Exynos. Selain melakukan komunikasi satelit dua hala, Exynos 5400 juga menyokong rangkaian 5G sub-6Ghz dan mmWave. Sambungan 5G menerusi modem ini memberikan kelajuan muat turun sehingga 14.79 Gbps.

Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm EUV Samsung yang turut dapat mengurangkan penggunaan bateri. Peranti pertama yang dijangka menggunakan Exynos 5400 dengan komunikasi satelit dua hala dipercayai adalah Pixel 9, Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro XL, dan Pixel 9 Pro Fold yang dijangak dilancarkan September depan

Komen