Carian
Xiaomi Mungkin Kekal Menawarkan Peranti Mercu Kompak Tahun Ini
April 18, 2024 Fahim Zahar

Ramai beranggapan yang sekarang tiada lagi pasaran untuk peranti mercu kompak. Setakat ini yang menarik perhatian hanyalah Xiaomi dan Sony. Baru-baru ini, siri Xiaomi 15 telah tertitis dan ia mendedahkan yang Xiaomi 15 akan kekal dalam format kompak seperti Xiaomi 14 dan Xiaomi 13.

Xiaomi 14

Menurut sumber iaitu Digital Chat Station, Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Pro kini berada dalam fasa ujian awal untuk menguji cip Snapdragon 8 Gen 4. Skrin Xiaomi 15 adalah 1.5K dan Pro pula adalah 2K sama seperti Xiaomi 14. Kamera Omnivision 50MP akan kekal digunakan dan bateri pula akan menggunakan bateri silikon densiti tinggi untuk ketahanan jangka masa panjang.

Xiaomi 13

Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Pro turut mungkin akan menggunakan sensor pengimbas cap jari ultrasonik sama seperti peranti mercu Samsung. Kemudian kamera zum dikatakan akan menggunakan teknologi telefoto periskop baharu. Kedua-dua peranti ini dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun 2024. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti mercu Xiaomi ini.

Komen