Carian
Nubia Neo 2 5G Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi
April 19, 2024 Amy Maizuraa

Nubia Neo 2 5G telah dilancarkan secara rasmi di MWC 2024 dengan spesifikasi pertengahan. Ia merupakan kesinambungan kepada Nubia Neo 5G sebelum ini dengan beberapa peningkatan. Lebih menariknya lagi apabila peranti turut disahkan akan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Semakan melalui kedai atas talian rasmi Nubia di Shopee mendapati sebahagian besar perkakasan dalaman peranti telah disenarai. Melalui peranti akan dilengkapi skrin FHD+ sebesar 6.72-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Seterusnya diikuti dengan bateri 6,000mAh, sistem pengecasan 33W, pembesar suara stereo, memori 8GB RAM, storan 256GB, kamera utama 50MP dan swafoto 16MP.

Justeru, persoalan utama kini hanya tertumpu pada harga jualan rasmi yang berpotensi didedahkan pada 22 April 2024. Sama-sama nantikan dan kemaskini selanjutnnya akan dikongsi dalam artikel yang akan datang.

Komen