Carian
Sebuah Lagi Peranti Baharu Realme Bakal Tiba Di Malaysia
April 19, 2024 Amy Maizuraa

[KEMAS KINI – 19 April / 4.07 PM]: Realme berkongsi kemaskini baharu untuk tarikh pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mei 2024.


Sebuah lagi peranti baharu Realme bakal tiba di Malaysia. Hasil semakan mendapati jenama tersebut sudah mula mengacah mengenai kehadirannya melalui kemaskini baharu di Facebook. Seterusnya boleh menjadi pengenalan untuk peranti Realme 12X 5G tetapi tiada butiran lanjut tersedia buat masa ini.

Sungguhpun begitu, peranti dijangka boleh ditawarkan dalam julat harga mampu milik. Andai kata perkakasan dalaman pula sama dengan versi di India. Peranti boleh didatangkan dengan skrin LCD 120Hz, cip Dimensity 6100+, bateri 5000mAh, kamera utama 50MP dan swafoto sebesar 8MP.

Terdapat juga fungsi Dynamic Button yang terbina pada butang kuasa seperti Realme 12 5G. Selain turut menyokong Mini Capsule 2.0 yang dioptimumkan dengan fungsi lebih baik dan kemampuan mengawal fungsi tertentu tanpa sentuhan melalui ciri Air Gestures.

Kesemua ini bagaimanapun hanyalah jangkaan awal semata. Justeru ada baiknya kita nantikan kemaskini selanjutnya daripada pihak Realme Malaysia sendiri.

Komen