Adobe Express adalah jawapan Adobe kepada Canva. Ia adalah platform memudahkan para peniaga, pencipta kandungan dan pekerja-pekerja lain untuk mencipta grafik, poster dan slaid pembentangan dan banyak lagi. Kemas kini terbaru adalah Adobe Express mempunyai integrasi AI generatif Firefly. Sebelum ini ia berada dalam fasa beta, kini pengguna iOS dan Android boleh memuat turun versi stabil.

- Video: Sunting dengan mudah melalui pelbagai templat. Pengguna hanya memasukkan imej, video atau audio dan turut boleh menggunakan lebih 100 bahasa, Export ke 4K juga boleh dilakukan.
- Teks ke Imej: Seperti DALL.E, hanya masukkan prom teks imej AI akan dijana.
- Generative Fill: Sunting imej dengan menggantikan/membuang/memasukkan objek lain dengan hanya pilih dan masukkan prom teks.
- Text Effects: Cipta kesan teks yang boleh menarik perhatian orang untuk tajuk-tajuk projek.
- Text to Template: Cipta templat mudah dengan prom teks dan kongsi templat ke pengguna lain.
- Expanded Content and Templates: Ribuan templat dan kandungan digital boleh diakses untuk suntingan pelbagai projek.
- Quick Actions: Sunting imej dengan mudah untuk kerja ringkas.
- Content Scheduler: Boleh menjadualkan bila sesuatu kandungan akan dikongsi ke platform media sosial.

Adobe Express adalah perkhidmatan percuma. Jika anda tidak melanggan mana-mana pelan, 25 kredit diberikan. Jika anda melanggan Creative Cloud sehingga 1000 kredit diberikan atau anda turut boleh melanggan pelan Firefly sahaja pada harga RM23.95 sebulan untuk 100 kredit.