Carian
Pengguna AI Adobe Firefly Akan Memerlukan Kredit Bermula 1 November 2023
September 18, 2023 Effi Saharudin

Adobe Firefly diberikan kepada umum minggu lalu membolehkan kecerdasan buatan (AI) generatif ini menjana imej latar belakang berdasarkan teks, menambah imej yang hilang dalam gambar, mewarnakan imej secara automatik dan banyak lagi pada produk keluaran Adobe seperti Photoshop dan Illustrator. Adobe telahpun mengumumkan sistem kredit akan dikenakan tetapi pada hari pelancaran maklumat adalah kurang jelas.

Mereka akhirnya menerbitkan laman FAQ yang menjelaskan penggunaan serta jumlah kredit yang diterima setiap pelanggan. Pertama sekali satu kredit diperlukan untuk menggunakan ciri Generative Fill, Generative Expand, Teks kepada imej dan Generative Recolor. Setiap imej mempunyai had saiz sehingga 2000×2000 pixel. Adobe akan memberikan sokongan untuk imej bersaiz lebih besar di masa hadapan tetapi jumlah kredit yang digunakan masih sedang diperhalusi.

Jumlah kredit bulanan yang diterima pelanggan pelan Adobe pula adalah seperti di bawah. Kredit akan ditetapkan semua di setiap awal bulan. Dalam perisian seperti Photoshop dan Illustrator, ciri Firefly boleh digunakan sehari sekali sahaja selepas kehabisan kredit bulanan. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke pautan di bawah. Jumlah kredit bulanan

Creative Cloud Individu

PelanKredit Bulanan
Creative Cloud All Apps1,000
Creative Cloud Single App

Illustrator, InDesign, Photoshop, Premiere Pro, After Effects, Audition, Animate, Adobe Dreamweaver, Adobe Stock, Photography 1TB
500
Creative Cloud Single AppCreative Cloud Photography 20GB:

Pelanggan sebelum 1 November 2023
Pelanggan selepas 1 November 2023
  

250
100
Creative Cloud Single AppLightroom100
Creative Cloud Single App
InCopy, Substance 3D Collection, Substance 3D Texturing, Acrobat Pro
25
Komen