Cari @ Amanz

Beberapa bulan lalu ciri Generative Fill diperkenalkan pada Photoshop Beta. Ia boleh menambah imej yang tiada dalam gambar asal menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) Adobe Firefly. Hari ini Generative Expand pula diberikan kepada semua pengguna Photohop.

Generative Expand menambah imej pada ruang kosong apabila alat Crop digunakan untuk membesarkan kanvas. Dua pilihan diberikan dengan pertama sekali Photoshop akan menjana sendiri imej baharu tanpa input daripada pengguna.

Pilihan kedua ialah sama seperti Generative Fill dimana pengguna memasukkan prom teks apa yang ingin dijana dalam ruang kosong oleh Photoshop. Kerana ia berasaskan Adobe Firefly, Generative Expand menyokong prom menggunakan 100 bahasa. Seperti yang kami telah laporkan sebelum in Bahasa Malaysia disokong oleh Firefly.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd