Carian
Saluran YouTube Monsta Kini Kembali Pulih – Selepas Digodam Tempoh Hari
April 19, 2024 Aman

Saluran YouTube syarikat animasi tempatan, Monsta, kini telah mula kembali pulih, sekaligus membolehkan para pengguna seluruh dunia untuk mengikuti pelbagai kandungan animasi yang diterbitkan dengan mudah melaluinya.

Sebelum ini, pada minggu ini, saluran YouTube Monsta menjadi mangsa godaman, sekaligus memperlihatkan kandungan tidak boleh diakses, selain nama saluran diubah kepada nama saluran lain, serta mempromosikan kriptowang.

Selain Monsta, sebelum ini beberapa saluran YouTube lain turut menjadi sasaran pengodam, dan mengubahnya untuk mempromosikan kriptowang.


Buat masa ini, masih terdapat beberapa elemen kesan peninggalan godaman tersebut ketika melakukan carian di YouTube, terhadap saluran Monsta. Perkara ini dijangka akan diatasi sepenuhnya dalam masa beberapa hari lagi. Namun, bagi anda yang ingin menikmati kandungan Monsta, sudah boleh melakukannya tanpa masalah melalui YouTube hari ini.

Komen