Carian
Post.News Akan Menamatkan Perkhidmatan Selepas Dilancarkan Sekitar Setahun Lepas
April 20, 2024 Aman

Post.News merupakan salah satu platform perkongsian mikro, lebih kurang seperti Twitter – tetapi lebih memfokuskan kepada kemudahan untuk mengikuti pelbagai berita melaluinya. Ia telah dilancarkan pada April 2023 lepas, dan kini, selang setahun daripadanya, Post mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan dalam beberapa hari lagi.

Perkhidmatan yang dibangunkan oleh bekas CEO Waze ini dikatakan tidak berkembang dengan pantas, membuatkan ia tidak mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk mengekalkan operasinya.

Ini sekaligus membuatkan ia tidak berjaya menjadi sebuah perniagaan yang berjaya, dan mereka kini memilih untuk menamatkan Post.News. Mungkin juga salah satu kekurangan platform ini adalah ia memfokuskan kepada arena web, dan lambat dalam pengenalan aplikasi mudah-alih.

Dalam beberapa minggu akan datang, ciri mengeksport keluar semua data yang pernah dikongsikan akan diperkenalkan, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk membawa data mereka ke platform lain, atau menyimpannya untuk rujukan akan datang.

Komen