Moondrop sebelum ini mengesahkan mereka akan memasuki arena telefon pintar setelah sekian lama membina nama sebagai pengeluar kelengkapan audio. Semalam mereka berkongsi ciapan yang menunjukkan rekaan panel belakang MIAD 01.
Mereka turut mengesahkan telefon pintar ini juga berfungsi sebagai sistem audio HiFi. Oleh itu sokongan bicu audio 4.4mm dan 3.5mm disertakan sekali yang seingat kami belum pernah dilakukan pada peranti lain. Agak menarik melihat hala tuju Moondrop dalam masa terdekat.

Oppo dahulunya adalah pengeluar kelengkapan audio HiFi yang kini lebih terkenal dengan telefon pintar yang memberikan tumpuan kepada prestasi fotografi? Bolehkah Moondrop mengikut jejak Oppo?