Carian
Australia Kini Mempunyai “Jerung Hantu” Yang Memburu Di Bawah Laut
April 23, 2024 Effi Saharudin

Teknologi dron amat efektif di Ukraine dan menyebabkan kini berlalu anjakan paradigma sistem pertahanan yang digunakan oleh tentera konvensional. Dron yang lebih murah boleh menghasilkan kerosakan yang tinggi jika digunakan dalam gerombolan yang besar. Perbatasan seterusnya dalam arena dron ialah penggunaannya di bawah laut.

Australia minggu lalu mengumumkan mereka telah membangunkan dron bawah laut Ghost Shark dengan kemampuan swapandu. Dron prototaip pertama Extra-Large Autonomous Undersea Vehicle (XL-AUV) Ghost Shark telah siap dibina dengan tiga lagi akan dihasilkan tahun depan. Di bawah program XL-AUV ini, Australia ingin mempunyai kemampuan memantau kawasan bawah laut dengan lebih menyeluruh.

Australia ialah sekutu paling erat Amerika Syarikat dan UK di rantau Asia Pasifik. Oleh itu kemampuan mereka untuk memantau aktiviti tentera laut China adalah penting. Apakah spesifikasi dan berapa lama “Jerung Hantu” dapat beroperasi tanpa campur tangan manusia adalah dirahsiakan Australia. Lapan tahun lalu Boeing Echo Voyager diumumkan dengan ia boleh beroperasi selama berbulan-bulan lamanya tanpa bantuan manusia.

Komen