iQOO Z9 5G Juga Kini Di Malaysia Dengan Snapdragon 7 Gen 3 Pada Harga Bermula RM963
Effi Saharudin
Selain iQOO Z9x 5G, iQOO Z9 5G juga dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini dengan spesifikasi lebih tinggi. Ia dilengkapi skrin 6.78″ AMOLED FHD dengan kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 7 Gen 3, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 6000 mAh yang menyokong pengecasan 80W.

Kamera utama di belakang hadir dengan lensa sudut lebar 50MP dan lensa mengesan kedalaman 2MP. Di hadapan pula sensor 16MP pula digunakan untuk kamera swafoto. Terdapat pengimbas cap jari bawah skrin, speaker stereo, pemancar IR, dan sokongan NFC. Kemampuan kalis airnya pula ialah IP64. Sistem operasi yang digunakan ialah OriginOS 4 berasaskan Android 14.

Di Malaysia iQOO Z9 5G dijual pada harga promosi RM963 (8/256GB) sebuah dengan hadiah percuma fon telinga nirwayar iQOO TWS 1e, jaminan tambahan 1 tahun dan jaminan skrin pecah 365 hari bernilai RM357. Selepas tempoh promosi pada 8 Mei, peranti akan dijual pada harga RM1333 sebuah.