Carian
Google Gemini Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Android 10
April 26, 2024 Fahim Zahar

Chatbot AI Google iaitu Gemini, ketika dilancarkan hanya boleh digunakan pada web dan kemudian untuk telefon pintar ia terhad kepada pengguna peranti Android 12 ke atas sahaja. Baru-baru ini, Google telah mengemaskini Gemini untuk disokong pada peranti Android 10 pula.

Perkara ini dilihat hanya berfungsi pada aplikasi Gemini versi v1.0.626720042. Untuk menggunakan Gemini pada peranti Android di Malaysia, anda WAJIB melanggan Google One AI Premium yang berharga RM97.99 sebulan. Jika tidak, aplikasi Gemini hanya boleh dipasang melalui APK yang akan menggantikan aplikasi Google Assistant. Kaedah lain adalah akses melalui web atau menggunakan akaun Amerika Syarikat.

Komen