CATL Lancarkan Bateri Dengan Kapasiti 1000 km dan Dicas Semula Pada Kadar 1km/s
Effi Saharudin
CATL telah mengumumkan pek bateri terkini mereka Shenxing Plus yang memberikan jarak perjalanan 1000km tetapi hanya memerlukan 17minit sahaja untuk dicas semula. Ini bersamaan dengan kelajuan pengecasan 1km/s.

Bateri ini adalah dari jenis lithium-iron-phosphate (LFP) dengan kepadatan kuasa 205 Wh/kg. Ini juga merupakan kepadatan kuasa tertinggi untuk bateri jenis LFP setakat ini. Walaupun bateri Shenxing Plus telah diumumkan, CATL masih belum berkongsi bilakah ia akan mula digunakan pada EV secara komersial.
Tempoh penantian mungkin tidak begitu lama kerana tahun lalu, bateri Shenxing digunakan pada EV komersial lapan bulan selepas dilancarkan. Bateri ini memberikan jarak perjalanan 400 km selepas dicas selama 10 minit.
[sumber] Electrek [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.