Carian
Realme C65 5G Dilancarkan Dengan Skrin 120Hz Dan Cip Dimensity 6300
April 26, 2024 Amy Maizuraa

Realme C65 5G dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai peranti terawal yang menggunakan cip MediaTek Dimensity 6300. Ini dipadankan juga dengan gabungan memori sehingga 6GB RAM LPDDR4X dan storan 128GB sebagai pelengkap tunjang utama.

Skrin pula sebesar 6.67-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Diikuti juga dengan tetapan kamera utama 50MP dan swafoto sebesar 8MP. Bateri 5000mAh digunakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 15W.

Peranti juga menawarkan fungsi tambahan lain yang termasuk Dymanic Button, Rainwater Smart Touch, Mini Capsule 2.0 dan Air Gestures untuk pengalaman lebih baik. Tidak ketinggalan pelancar baharu Realme UI 5.0 (Android 14) dan penarafan kalis air IP54 turut melengkapi peranti ini.

Harga jualan peranti bermula INR9,999 (~RM571), INR10,999 (~RM628) dan INR11,499 (~RM685) sebuah. Sebanyak dua warna disediakan iaitu Feather Green dan Glowing Black.

Komen