Carian
Apple Mempunyai 19 Kilang Pembekal Yang Berpusat Di Malaysia
April 27, 2024 Aman

Apple merupakan salah satu pengeluar peranti terkemuka dunia, dan mempunyai pembekal daripada kilang-kilang yang ditempatkan di pelbagai negara seluruh dunia. Untuk makluman, Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.

Terbaru, Apple telah mengeluarkan senarai pembekal mereka untuk tahun fiskal 2023. Melalui senarai berkenaan, Malaysia dilihat mempunyai 19 kilang pembekal kepada Apple. Berikut merupakan senarai pembekal Apple yang berpusat di Malaysia:

  • Alps Alpine Company Limited, Negeri Sembilan, Malaysia
  • ams-OSRAM AG, Pulau Pinang, Malaysia
  • Broadcom Limited, Pulau Pinang, Malaysia
  • Infineon Technologies AG, Kedah / Melaka / Perak, Malaysia
  • Intel Corporation, Kedah/Pulau Pinang, Malaysia
  • Knowlee Corporation, Pulau Pinang, Malaysia
  • Lumileds Holding B.V, Pulau Pinang, Malaysia
  • Molex Incorporated, Pulau Pinang, Malaysia
  • Murata Manufacturing Company Limited, Perak, Malaysia
  • ON Semiconductor Corporation, Negeri Sembilan / Pulau Pinang / Selangor
  • Power Intergrations Incorporated, Perak, Malaysia
  • Qorvo Incorporated, Perak, Malaysia
  • Renesas Electronics Corporation, Pulau Pinang, Malaysia
  • Rohm Company Limited, Kelantan, Malaysia
  • Sony Corporation, Perak, Malaysia
  • STMicroelectronics N.V, Johor / Perak / Selangor, Malaysia
  • Taiyo Yuden Company Limited, Sarawak, Malaysia
  • Texas Instruments Incorporated, Melaka / Selangor, Malaysia
  • Western Digital Corporation, Pulau Pinang, Malaysia
Mac Mini M1 Malaysia

Selain Malaysia, Apple juga mempunyai sejumlah kilang pembekal dinegara-negara lain di Asia Tenggara, termasuk 35 kilang pembekal di Vietnam, 24 di Thailand, 23 di Singapura, dan 17 di Filipina.

Sebelum ini juga, kita sedia melihat beberapa produk Apple dipasang di Malaysia, termasuk salah satunya adalah Mac Mini.

Komen