Apple sedia menjadualkan acara khas pada awal bulan Mei ini, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan siri iPad baharu, termasuk iPad Pro. Berkongsi berkenaan dengannya, kini Bloomberg melaporkan Apple mungkin memperkenalkan iPad Pro baharu dengan cip Apple M4.
Ia sekaligus akan menjadikan iPad menerima terlebih dahulu cip pemprosesan berkenaan, sebelum ia ditawarkan melalui komputer Mac menjelang penghujung 2024 ini.

Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang dicertakan bersama dengannya – membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik. Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi apakah ciri AI yang akan diketengahkan Apple – atau perlu menantikan sehingga WWDC sebelum mengetahui lanjut berkenaan dengannya.
Disamping iPad Pro, Apple turut dijangka memperkenalkan kemaskini pada Apple Pencil mereka pada acara yang dijadualkan 7 Mei kelak.