Carian
CelcomDigi Umum Kerjasama Dengan Petronas Dalam Memacu Transformasi Tekno-Digital 5G
April 29, 2024 Aman

CelcomDigi dan PETRONAS kini mengumumkan kerjasama strategik, dimana kedua-dua pihak akan berkongsi kepakaran dalam memacu transformasi digital dan kemampanan khusus untuk industri tenaga, melalui penggunaan 5G.

Seperti ramai sedia maklum, penggunaan 5G lebih menyasarkan implementasi dalam industri, sekaligus membolehkan penggunaan teknologi lebih diperluaskan, dengan kadar pendam yang rendah.

CelcomDigi dan PETRONAS memeterai untuk kerjasama selama 2 tahun dalam meneroka usaha penggunaan teknologi 5G, dalam menambah-baik operasi keseluruhan PETRONAS. Sementara untuk CelcomDigi pula, ia akan memfokuskan kepada penerokaan tenaga lestari dalam tawaran perusahaan mereka – sekaligus memperluaskan lagi penerapannya dalam syarikat-syarikat dan perniagaan di Malaysia.

Kerjasama kedua-dua pihak ini bukan sesuatu yang baharu. Sebelum ini, kedua-dua gergasi ini pernag bekerjasama sekitar 2019, dalam pelaksanaan rangkaian 4G LTE di salah satu platform luar pesisir Petronas, di Angsi. Selain itu, mereka juga sebelum ini telah melancarkan rangkaian 5G persendirian pertama di Sarawak.

Komen