Carian
Razer Perlu Membayar Ganti Rugi $1.1 Juta Kerana Mendakwa Zephyr Ialah Topeng Muka N95
April 30, 2024 • Effi Saharudin

Ketika pandemik beberapa tahun yang lalu, Razer Zephyr dilancarkan sebagai topeng muka yang boleh digunakan bagi mengelakkan diri diserang oleh virus Covid-19. Antara yang diiklankan oleh Razer ialah Zephy melepasi piawaian untuk dikelaskan sebagai topeng muka setanding N95. Tetapi mahkamah di California tidak bersetuju dengan pengiklanan ini dan mengarahkan Razer membayar ganti rugi kepada pembeli di Amerika Syarikat.

Secara keseluruhan Razer perlu mengembalikan wang kepada semua pembeli berjumlah $1.1 juta. Mereka juga perlu membayar penalti sivil berjumlah $100,000. Mahkamah mendapati Razer tidak pernah mendapatkan kelulusan FDA atau Institut Nasional untuk Keselamatan dan Kesihatan Kerja (NIOSH) untuk mengatakan Zephyr melepasi piawaian N95 yang menghalang 95% partikel dengan saiz antara 0.1 dan 0.3 mm.

Pada Januari 2022, Razer berhenti memasarkan Zephyr sebagai kelengkapan kelas perubatan berikutan kritikan yang serius daripada pengamal perubatan. Sepasang Zephyr dijual pada harga $99 manakala Zephyr Pro pula pada harga $150 dengan lampu RGB.

Komen