Carian
Oppo A60 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga Bermula RM699
April 30, 2024 Amy Maizuraa

Oppo A60 akhirnya diumumkan secara rasmi di Malaysia. Sebanyak dua pilihan variasi ditawarkan yang bermula RM699 (8/128GB) dan RM799 (8/256GB). Bagi yang berminat, ia boleh didapati sekarang melalui laman web dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Untuk spesifikasi peranti dilengkapi skrin 6.67-inci HD+ (1604 x 720) dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya cip Snapdragon 680 digunakan dengan memori 8GB RAM LPDDR4 dan storan sehingga 256GB UFS 2.2 untuk tunjang utama. Diikuti juga kamera utama 50MP + 2MP (potrait) dan swafoto sebesar 8MP.

Bateri 5000mAh disertakan pula boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 45W. Turut ditawarkan ialah pengimbas cap jari sisi dan perisian terkini ColorOS 14 berasaskan Android 14 sebagai pelengkap peranti ini.

Komen