Carian
Vivo X100 Ultra Tertiris Dengan Kamera 200MP dan Zum 200X
May 2, 2024 Fahim Zahar

Pengeluar peranti China nampaknya masih belum berhenti membangunkan peranti yang boleh bersaing dengan Samsung Galaxy S24 Ultra. Walaupun kamera vivo X100 Pro dengan sensor 1-inci sudah hebat, vivo X100 Ultra yang tertiris baru-baru ini lebih dahsyat. Ia dikatakan mempunyai kamera telefoto dengan sensor 200MP yang menyokong zum digital 200x.

Rekaan vivo x100 Ultra dan x100S telah tertiris menerusi Weibo dan dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Model Ultra dijangkakan akan menawarkan pilihan binaan titanium seperti iPhone 15 Pro Max dan Galaxy S24 Ultra. Peranti ini turut akan menyokong komunikasi satelit, dipadankan dengan sensor telefoto 85mm 3.7x zum optikal + sensor 1/1.4-inch 200MP f/2.67  + sensor utama 50MP dan kamera swafoto juga 50MP.

vivo X100 Pro

Peranti ini dikatakan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 5500mAh dengan pengecasan pantas 80W, kekal menggunakan lensa Zeiss, serta sistem operasi akan menyokong ciri AI generatif vivo Blueprint.

Komen