Cari @ Amanz

Google Play Store Mula Memaparkan Lencana Khas Untuk Aplikasi Kerajaan

Link Copied!

Google Play Store adalah gudang aplikasi yang bagus. Ia banyak ciri sekuriti, mudah menguruskan langganan, tidak mengelirukan dan ada banyak ciri yang membantu pengguna mencari aplikasi dengan lebih selamat. Aplikasi pendidikan dan aplikasi yang mengendalikan sekuriti di Play Store mempunyai lencana khas seperti Teacher approved dan Independent Security Review. Terbaru Play Store mula memaparkan lencana Official government untuk aplikasi kerajaan.

Di Play Store setiap senarai aplikasi akan ada ikon kecil melabelkan mana satukah aplikasi kerajaan. Apabila label ini ditekan, tetingkap kecil akan muncul menyatakan kenapa label ini dipaparkan. Buat masa ini ia hanya ditawarkan di negara Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Jepun, Mexico, Korea Selatan, UK dan Amerika Syarikat.

Aplikasi seperti NASA, FEMA, dan lain-lain termasuk untuk bayaran bil, parkir, saman dan banyak lagi adalah antara aplikasi yang mempunyai label ini. Google menggalakkan pembangun aplikasi kerajaan menggunakan emel rasmi kerajaan dan mengikut panduan yang diberikan untuk menerima label ini.


Komen ()