Carian
Samsung Good Lock Kini Di Play Store
May 3, 2024 Fahim Zahar

Samsung Good Lock adalah aplikasi mengubahsuai antaramuka dan menambah ciri/fungsi pada One UI secara rasmi. Aplikasi ini turut menyokong pelbagai pemalam tambahan untuk menjadikan pengalaman penggunaan peranti Samsung lebih menarik. Sebelum ini, Good Lock terhad kepada pengguna Amerika Syarikat tetapi hujung tahun 2022 ia mula ditawarkan kepada pengguna Malaysia.

Good Lock juga adalah antara aplikasi Samsung yang selama ini terhad di gedung Galaxy Store sahaja. Terbaru aplikasi ini telah diterbit di gedung Google Play Store. Good Lock disenaraikan sebagai aplikasi untuk akses awal dan seperti biasa ia juga dihadkan untuk pengguna peranti Samsung yang menjalankan One UI sahaja.

Dalam semakan saya, aplikasi ini telah tersenarai di Play Store Malaysia dan ia mungkin akan tiba ke semua pengguna Samsung dalam masa terdekat. Dengan cara ini, proses mengemaskini aplikasi Samsung juga lebih mudah dan efisien.

Komen