Carian
Pelancaran Vivo X100 Ultra Dan X100s Dijadualkan Berlangsung Pada 13 Mei 2024
May 6, 2024 Amy Maizuraa

Vivo telah mengesahkan kehadiran rasmi untuk beberapa lagi peranti baharu di bawah siri X100. Peranti tersebut ialah Vivo X100S dan X100 Ultra dengan pelancaran yang dijadualkan berlangsung di China pada 13 Mei 2024.

Dapat dilihat model Ultra masih mengekalkan binaan melengkung yang sama seperti model sebelum ini. Kemudian dilengkapi bonggol kamera tebal di belakang bersama kemasan bergirigi yang menghiasi sekelilingnya. Sementara itu peranti X100S pula tampil berbeza dengan tubuh yang rata bersama sisi dibulatkan. Kedua-duanya juga dilengkapi sistem kamera berteknologi ZEISS yang juga boleh dilengkapi kemampuan zum yang tinggi.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi konfigurasi kamera dikongsikan setakat ini. Begitu juga dengan butiran perkakasan dalaman yang masih misteri namun dijangka boleh didedahkan dalam masa terdekat.

Komen