Carian
Threads Memberikan Kawalan Siapa Boleh Melakukan “Quote” Pada Hantaran
May 6, 2024 Effi Saharudin

Fungsi Quote boleh digunakan untuk bersetuju dengan hantaran di Threads atau digunakan untuk mengutuk sekeras-kerasnya. Dalam kes ini kadang kala hentaman yang diterima terlalu kasar sehingga memadam hantaran asal ialah cara paling mudah untuk mengelakkan diri terus dibantai di media sosial. Threads hari ini memberikan kawalan ciri Quote dengan lebih baik kepada pengguna.

Pemilik akaun boleh menetapkan siapa yang boleh melakukan kuotasi hantaran mereka menerusi pilihan semua orang, hanya akaun yang diikuti atau menghalangnya terus. Dengan ini tidak akan timbul isu menjadi bahan perbualan di Threads jika hantaran yang dimuat naik tidak dipersetujui pengguna lain.

Ciri ini pada awalnya diuji pada sebilangan kecil pengguna tetapi hanya hari ini diberikan kepada semua di aplikasi telefon pintar. Dengan lebih 150 juta pengguna aktif bulanan, Threads semakin banyak meminjam ciri-ciri yang wujud pada Twitter/X dan pada waktu yang sama Twitter/X kini ingin berubah menjadi aplikasi penstriman video serta semua dalam satu.

Komen