Carian
Realme GT Neo6 Sah Menggunakan Cip Snapdragon 8s Gen 3
May 7, 2024 Amy Maizuraa

Kemaskini di Weibo menunjukkan Realme dalam persediaan hadir dengan peranti baharu. Dikenali sebagai Realme GT Neo 6, peranti akan dilancarkan di China pada 9 Mei 2024. Butiran penuh masih belum diperincikan tetapi cip Snapdragon 8s Gen 3 sah digunakan sebagai tunjang utama. Selain turut dilengkapi sistem pengecasan pantas 120W dan storan dalaman 1TB. Laman untuk peranti juga telah disiarkan secara langsung di laman web Realme China. Lebih banyak butiran mengenai peranti dijangka boleh diumumkan dalam masa terdekat ini.

Berkongsi mengenai Snadragon 8s Gen 3, ia diklasifikasi sebagai cip mercu mampu milik berbanding Snapdragon 8 Gen 3. Perbezaan pada cip ini terletak pada konfigurasi teras, kemampuan kamera dan juga modem yang digunakan. Motorola dan Redmi merupakan pengeluar yang sedia menggunakan cip berkenaan pada peranti terkini mereka setakat ini.

Komen