Carian
OpenAI Lancarkan Alat Mengesan Imej Dijana DALL.E Dengan Ketepatan 98.8%
May 7, 2024 Effi Saharudin

Imej yang dijana AI adalah amat merisaukan apabila digunakan untuk menyebarkan naratif berbahaya di media sosial. OpenAI yang bertanggungjawab menghasilkan AI generatif hari ini mengumuhkan alat yang boleh mengesan sama ada imej dijana oleh DALL.E.

Menurut OpenAI alat ini boleh mengesan imej yang dijana oleh kecerdasan buatan DALL.E dengan ketepatan 98.8%. Ia walau bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk mengesan imej yang dijana oleh Midjourney atau Stability.

OpenAI turut sedang cuba menyertakan tera air (watermark) pada audio yang dijana oleh AI mereka. Ia direka supaya sukar dibuang. Sudah wujud kes seorang guru besar difitnah mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman di Amerika Syarikat bagi tujuan menyebabkan beliau dipecat.

Pada waktu yang sama OpenAI secara rasmi menyertai Gabungan Untuk Kandungan Asal dan Ketulenen (C2PA) yang memudahkan pengesanan imej palsu di atas talian bagi menentang penyebaran maklumat yang tidak tepat. C2PA kini semakin kukuh selepas turut disokong oleh OpenAi, Google, Adobe, Microsoft, Sony, Meta, BBC, ARM, Intel, TruPic dan Twitter/X.

Komen