Carian
Apple Masih Memberi Kemas Kini iTunes Untuk Windows
May 9, 2024 Fahim Zahar

Apple telah mula beralih dari iTunes ke pelbagai aplikasi berasingan atau untuk pengguna macOS, ciri menguruskan peranti diintegrasikan pada Finder. Walaupun Apple telah memperkenalkan aplikasi Apple Devices, Apple Music dan Apple TV untuk Windows – kemas kini baharu untuk iTunes masih diberikan.

iTunes untuk Windows tidak lagi berfungsi seperti dulu kerana ia kini lebih memfokuskan buku audio dan podsiar. Walaupun begitu, kemas kini iTunes 12.13.2 yang membaiki masalah aplikasi berhenti berfungsi secara tiba-tiba atau kod yang tidak dijangka dijalankan. Jika anda adalah pengguna Windows dan masih menggunakan iTunes, kemas kini ini sedia dimuat turun. Jika anda ingin menggunakan aplikasi kendiri Apple seperti TV, Music dan Devices ia sedia dimuat turun di Microsoft Store.

Komen