Tahun lepas Apple memulakan ujian aplikasi Windows untuk Apple TV, Apple Music dan pengganti iTunes mereka Apple Devices. Tiga aplikasi ini terhad untuk diuji oleh pengguna di negara terpilih sahaja. Kini selepas lebih satu tahun, ketiga-tiga aplikasi ini sedia dimuat turun oleh semua pengguna Windows.
Jika anda perasan, aplikasi iTunes pada Windows tidak lagi menyokong pengurusan peranti kerana ia kini terhad kepada buku audio dam podsiar. Aplikasi Apple Devices atau Peranti Apple adalah iterasi baharu khusus untuk melakukan sandaran, pemindahan fail, kemas kini perisian dan banyak lagi.
Jika selama ini Apple TV dan Apple Music pada Windows terhad pada pelayar web sahaja, usah risau kerana dua aplikasi baharu ini akan menjadikan pengalaman penggunaan lebih menarik. Apple TV menyokong penstriman kandungan pada resolusi yang tertinggi, sementara Apple Music mampu memainkan muzik dalam antaramuka yang lebih mesra pengguna berbanding aplikasi pada iPhone.
Jika anda ingin menguruskan peranti Apple anda dengan Windows, menstrim video serta muzik pada Apple TV dan Apple Music – muat turun ketiga-tiga aplikasi ini melalui pautan di bawah;