Carian
Nintendo Switch Akan Menghentikan Perkongsian Media Ke X dan Facebook
May 9, 2024 Effi Saharudin

Nintendo Switch akan menghentikan sokongan perkongsian tangkapan layar dan video ke X/Twitter dan juga Facebook dalam masa terdekat. Sokongan untuk X akan dihentikan bermula 10 Jun 2024 manakala sokongan perkongsian ke Facebook pula akan dilakukan di satu tarikh yang belum diumumkan.

Pengumuman dilakukan oleh Nintendo pagi ini dan selain itu ciri menghantar permohonan menjadi rakan menerusi media sosial juga akan dihentikan dari dalam ciri Friend Suggestions. Sejak diambil alih oleh Elon Musk, bayaran dikenakan untuk mengakses API yang membenarkan kandungan tangkapan layar dan video dikongsi ke X/Twitter.

Sokongan X untuk konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5 telah ditamatkan sejak 13 November 2023 manakala pada Xbox pula sejak 22 April 2023.

Komen