Carian
Telefon Pintar Oukitel Dengan Bateri 22000mAh Kini Di Malaysia Pada Harga RM1505
May 9, 2024 Aman

Oukitel pada acara CES 2024 awal tahun ini telah memperlihatkan telefon pintar dengan bateri bersaiz “gedabak” mereka, iaitu Oukitel WP33 Pro. Ia hadir dengan bateri bersaiz 22000mAh, sekaligus menjadikannya sebagai antara telefon dengan saiz bateri yang besar.

Terbaru, ia dilihat pihak Oukitel telah mula menawarkan telefon pintar berkenaan untuk pasaran Malaysia. Melalui penyenaraian di Shopee, Oukitel WP33 Pro 5G ditawarkan pada harga RM1505.

Oukitel WP33 Pro hadir dengan skrin 6.6-inci FHD+, cip pemprosesan MediaTek Dimensity 6100+, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia turut hadir dengan sokongan 5G, selain dikuasakan sistem operasi Android 13. Melengkapkan ia adalah kamera swafoto 32MP, selain kamera utama dibelakang 64MP.

Selain telefon pintar berkenaan, kedai rasmi Oukitel di Shopee juga dilihat aktif dan menawarkan pelbagai produk jenama berkenaan melalui kedai rasmi tersebut. Namun, penghantaran yang dilakukan adalah dari China. Dengan langkah ini, anda yang ingin mendapatkan produk Oukitel, boleh dapatkan terus melalui kedai rasmi mereka di Shopee sahaja.

Komen