Carian
Reddit Menguji Ciri Menterjemah Seluruh Laman Web Dengan AI
May 9, 2024 Fahim Zahar

Reddit turut sedang berekesperimen dengan ciri kecerdasan buatan atau AI. Kami telah melaporkan yang Reddit menerima bayaran sebanyak $60 juta untuk melesenkan kandungan mereka bagi melatih AI. Terbaru, Reddit dilaporkan sedang menguji ciri menterjemah keseluruhan laman web ke bahasa Perancis secara masa nyata dengan AI.

Contoh penterjemahan dengan Google Translate

Ini adalah salah satu strategi Reddit bagi mengembangkan perkhidmatan mereka ke peringkat antarabangsa. Buat masa ini, sekitar 50% pengguna Reddit adalah dari Amerika Syarikat dan mereka ingin mengubah perkara ini. Penterjemahan ini turut akan dipaparkan di pengindeksan carian Google agar lebih ramai pengguna luar Amerika tertarik untuk menggunakan Reddit. Selepas bahasa Perancis, mereka ingin menguji bahasa Sepanyol pula.

Reddit turut ingin menawarkan alatan khas untuk para pembangun dan mahu mengembalikan sistem ganjaran Reddit Gold yang sebelum ini telah dihentikan. Buat masa ini kesemua perkara baharu Reddit yang dilaporkan masih di peringkat ujian dan perancangan. Bila ia akan diperkenalkan kepada umum masih menjadi tanda tanya.

Komen