Carian
AI AlphaFold 3 Boleh Meramal Struktur dan Interaksi Semua Molekul Kehidupan
May 9, 2024 Effi Saharudin

DeepMind mengumumkan versi terkini kecerdasan buatan (AI) AlphaFold mereka dengan ia berkemampuan meramal struktur molekul dengan lebih jitu. AlphaFold 3 kini bolen meramal struktur dan interaksi semua molekul kehidupan yang wujud. Untuk ramalan protein dan beberapa lagi jenis molekul. AlphaFold 3 menunjukkan peningkatan ketepatan ramalan sehingga 50% berbanding model lain yang digunakan sekarang.

AlphaFold 3 boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman tentang dunia biologi dan penemuan ubat-ubatan di masa hadapan. Pihak Isomorphic Labs yang juga merupakan anak syarikat Alphabet, telah memulakan kerjasama degan beberapa syarikat farmaseutikal untuk menggunakan AlphaFold 3 bagi membangunkan rawatan-rawatan baharu.

Ini sebuah lagi sumbangan DeepMind kepada dunia sains perubatan. Dua tahun lalu AlphaFold menerbitkan senarai 200 juta struktur protein yang boleh wujud di dunia juga bagi tujuan kemajuan menghasilkan dadah serta ubat-ubatan baharu.

Komen