Cari @ Amanz

Setahun lalu DeepMind menghasilkan kecerdasan AlphaFold yang boleh meramalkan kesemua kombinasi struktur yang boleh dihasilkan di muka bumi. Selama berdekad lamanya ahli sains mempunyai masalah mencari kombinasi struktur protein kerana terdapat terlalu banyak kombinasi yang boleh dipilih.

DeepMind kini menerbitkan kesemua 200 juta struktur protein yang boleh wujud di dunia yang ditemukan oleh AlphaFold menerusi kerjasama EMBLĀ European Bioinformatics Institute (EMBL-EBI). Sejak AlphaFold mula berkongsi struktur-struktur yang ditemukan secara terbuka setahun lalu, lebih 500,000 ahli saintis telah mengkases pangkalan datannya. Hasilnya ialah pembangunan antibiotik yang lebih baik serta penyelesaian masalah pencemaran plastik sudah berjaya dihasilkan.

Struktur protein yang diramalkan ini adalah untuk tumbuh-tumbuhan, bakteria, haiwan dan organisma lain. Usaha ini diharap dapat memajukan lagi pemahaman biologi serta membantu menyelesaikan isu sumber makanan dan penyakit-penyakit yang masih belum boleh dirawat.

Deepmind setakat ini telah digunakan untuk melakukan ramalan kaji cuaca lebih tepat, mentafsir teks purba yang kurang lengkap dan menghasilkan program sebaik pengaturcara manusia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd