Carian
Kecerdasan Buatan DeepMind Kini Mampu Menghasilkan Program Sebaik Pengaturcara Manusia
February 3, 2022 Effi Saharudin

Kecerdasan buatan DeepMind kini melangkah satu tapa ke hadapan lagi kerana kini ia mempunyai kemampuan untuk menulis program sendiri tanpa campur tangan manusia. Sistem terbaru mereka AlphaCode menurut DeepMind mempunyai kemampuan menulis program di tahap 54% teratas dalam pertandingan pengaturcaraan dengan manusia.

AlphaCode mampu melakukan pemikiran kritikal, algoritima, koding, dan pemahaman bahasa alami. Kemampuan AlphaCode diuji dalam pertandingan pengaturcaraan Codeforces. Pihak DeepMind melihat AlphaCode boleh digunakan untuk menghasilkan program dengan pantas bersama manusia masa hadapan. Ini akan meningkatkan produktiviti dan mengembangkan cara program akan dihasilkan.

Menggunakan kecerdasan buatan untuk menulis program bukanlah perkara baharu. Isu sebelum ini ialah program yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan mengandungi banyak pepijat dan keretanan sekuriti. Di awal pembangunan DeepMind ramai yang tidak mempercayai kemampuannya untuk menjadi lebih baik dari manusia dalam meramal cuaca, bermainan permainan Starcraft dan permainan Go tetapi kesemuanya berjaya dipintas.

Komen