Eric Schmidt, bekas CEO Google kini mengatakan pernah suatu ketika pertimbang untuk kemungkinan membeli aplikasi media sosial terkemuka dunia, TikTok. Walaubagaimanapun, perkara berkenaan tidak diteruskan.

TikTok menghadapi cabaran di Amerika Syarikat, apabila perundangan baharu yang memaksa Bytedance untuk menjual operasi TikTok di negara tersebut. TikTok tidak bersetuju dengan perkara berkenaan, dan telah memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat.
Eric Schmidt turut berkongsi tanggapan, mengatakan TikTok perlu dilihat lebih sebagai medium seumpama televisyen berbanding media sosial – dan kerajaan Amerika Syarikat perlu kawal selia daripada perspektif tersebut.
Sebagai contoh, kerajaan perlu pertimbang kawal selia dari segi memberikan masa “sama rata” – termasuk dari segi kandungan politik dari pelbagai parti dan sebagainya. Namun, pihak kerajaan tidak melihat kepada perkara tersebut, dan lebih memilih mengharamkan platform tersebut.