Carian
ASUS ROG Ally X Akan Dilancarkan Dengan Skrin OLED Jun Ini
May 10, 2024 Effi Saharudin

Timbul spekulasi model kemas kini untuk ASUS ROG Ally akan dilancarkan di acara Computex bulan depan. Tetapi pihak ASUS telah mengesahkan konsol mudah alih seterusnya daripada mereka bukan kemas kini tetapi adalah penambahbaikan sahaja dalam temubual bersama The Verge.

Imej acah ASUS ROG Ally X

Konsil mudah alih ASUS ROG Ally X tidak akan membawakan perubahan pada perkakasan dalaman kerana masih menggunakan cip AMD Z1 Extreme. Hanya skrin kini digantikan dengan panel oleh 7″ 120HZ VRR dan tubuh ditawarkan dalam warna hitam.

Sebelum ini ROG Ally menggunakan skrin LCD dan hanya dalam warna putih. Taktik yang digunakan oleh ASUS ini sama seperti Nintendo yang menawarkan Switch OLED beberapa tahun selepas Switch asal dilancarkan.

Dengan panel OLED, tempoh penggunaan akan sedikit lebih tahan lama sehingga 1.5 jam untuk permainan yang memerlukan kuasa tinggi. ROG Ally 2 masih akan dilancarkan tetapi di suatu tarikh pada penghujung tahun kelak.

Komen