Hanya 38 daripada 65,000 pembangun memohon untuk menggunakan sistem pembayaran di luar ekosistem App Stor menurut keterangan yang diberikan oleh wakil Apple ketika perbicaraan kes saman Epic Games dengan syarikat tersebut. Ini bersamaan hanya 0.06% daripada keseluruhan pembangun yang menawarkan aplikasi mereka pada peranti Apple.

Ini menurut Epic Games bukanlah kerana pembayaran luar ekosistem tidak bagus. Sebaliknya adalah kerana Apple masih mengenakan caj potongan bayaran 27% kepada pembangun yang ingin menawarkan pembayaran di luar ekosistem. Selepas kos perbankan diambil kira, kos kepada pembangun adalah lebih daripada potongan 30% yang diambil oleh Apple pada ketika ini di App Store.
Apple diarahkan oleh mahkamah untuk membenarkan pembayaran di luar ekosistem pada tahun 2021 ketika perbicaraan saman Epic Games masih lagi berjaya. Epic Games berkata usaha yang dilakukan Apple sejak arahan yang diberikan adalah tidak memuaskan. Kes masih lagi sedang berlangsung.